Program Asas Memanah

Aktiviti | 30 Oktober 2016

masa 3.00 Petang

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Internet 1Malaysia dengan penduduk kampung dan Menggalakkan penglibatan badan Kerajaan untuk membantu golongan belia-belia Kg Sri Lukut.

Program ini dilaksanakan pada 30hb Oktober 2016 bermula jam 3.00 petang sehingga jam 6.30 petang.

Program ini dijalankan di Perkarangan Masjid Jamek di kampung ini kerana adanya benteng tanah yang sesuai untuk aktiviti memanah.

Kebaikan program seperti ini adalah untuk menggalakkan golongan belia dan muda untuk mengenali asas dan teknik memanah yang menjadi sunnah Rasulullah. Menggadakan aktiviti untuk generasi muda serta mengeratkan silaturahim antara pekerja PI1M bersama penduduk sekitar dan badan kerajaan.

Program Asas Memanah|30 Oktober 2016