PROGRAM INOVASI KITAR SEMULA E-WASTE

Aktiviti terkini | 20 Jun 2019

Tempat Aktiviti:
Dewan Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Besar

Tujuan :
• Menyebarluaskan maklumat berkaitan e-sisa kepada semua golongan masyarakat.
• Memberi peluang kepada murid sekolah rendah untuk menjalankan aktiviti yang memerlukan mereka berfikir secara kreatif dan ‘critical thinking’.
• Memberikan didikan tentang tatacara melupuskan barangan elektronik dengan betul dan kesan melupuskan elektronik dengan cara yang salah daripada golongan muda.

Kelebihan Aktiviti :
Dalam program ini, kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai kelebihan seperti para pelajar dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dang tenaga pengajar. Selain itu, para pelajar dapat meningkatkan keyakinan mereka selepas mengikuti program ini dan menambah ilmu pengetahuan mengenai E-sisa yang merangkumi semua jenis peralatan elektronik dan elektrik (EEE). Selain melupuskan barangan elektronik juga boleh dikitar semula agar pencemaran siselektronik dapat dikurangkan dan dapat memupuk daya kreativiti dan sifat kerjasama dalam kalangan murid sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :