PROGRAM MERDEKA SAYANGI MALAYSIAKU

Aktiviti terkini | 24 Ogos 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Sri Lukut

Tujuan :
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriorisme di dalam jiwa ahli pusat internet dalam menyambut kemerdekaan. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya menggeratkan perpaduan disamping menyediakan ruang agar peserta dapat menggunakan kreativiti mereka semasa menyertai aktiviti yang diadakan.
Kelebihan Aktiviti :
Dalam program ini, ahli dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka dalam aktiviti secara kumpulan. Aktiviti pakaian beragam dibuat melalui surat khabar dan dibuat di pusat internet disertai 2 peserta. Aktiviti ini membentuk kreativiti peserta dalam mempamerkan rekaan bertemakan merdeka. Selepas selesai, peserta perlu membentangkan rekaan masing-masing untuk dinilai. Aktiviti ini dapat mengetengahkan kemahiran insaniah dalam diri peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :