PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK SERI SEDOHOK, KLUANG, JOHOR

Aktiviti terkini |5 Mac 2020

Tempat Aktiviti:
SK Seri Sedohok, Kahang, Kluang, Johor

Tujuan :
• Program Klik Dengan Bijak ini dijalankan di sekolah yang melibatkan pelajar orang asli adalah untuk memberi penekanan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai keselamatan internet.
• Para pelajar orang asli ini juga boleh terdedah dengan jenayah ciber, ciber buli, oversharing, dan juga terdedah untuk berkongsi maklumat palsu di internet.


Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi (bijak Internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendidikan kepada pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :