LEBIH BAIK CEGAH BERSAMA AADK DAERAH JOHOR BAHRU
Aktiviti terkini | 18 Disember2021Tempat Aktiviti:
Google Meet & FB Page
Nama VIP:
Puan Suriani Binti Jusoh, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru
Ringkasan Aktiviti :
Program bual bicara bersama Puan Suriani Binti Jusoh, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru bersama Pengurus-pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Johor dengan tajuk Cegah Lebih Baik yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya dadah di mana AADK dengan Tagline Lebih Baik Cegah menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada perawatan dalam isu penggunaan dadah ini.
Program ini turut disiarkan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang turut serta dalam program ini.
Tujuan :
• Memberi pencegahan awal kepada masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah.
• Menyedarkan masyarakat terutamanya pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Johor mengenai bahaya penggunaan dadah terhadap diri, keluarga dan komuniti.
• Memberi pendedahan mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis dadah sebagai panduan bagi mencegah diri dari menjadi hamba dadah secara tidak sengaja.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bual bicara dimulakan dengan sesi pengenalan terhadap AADK itu sendiri oleh Puan Suriani Binti Jusoh di mana AADK itu sendiri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Penguatkuasaan, Pencegahan dan Rawatan / Pemulihan.
• Program diteruskan lagi dengan penerangan mengenai bahaya rokok sebagai permulaan di mana rokok mampu memicu seseorang mendekati dadah.
• Penceramah turut menjelaskan mengenai apa itu dadah, ciri-ciri dadah dan sebab berlakunya penyalahgunaan dadah.
• Peserta turut didedahkan dengan bahaya penggunaan beberapa jenis dadah seperti Morfin, Kanabis, Heroin dan Syabu.
• Wakil dari AADK juga menyampaikan mengenai Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
• Pengenalan mengenai PUSPEN dan lokasinya di seluruh Malaysia serta aktiviti-ativiti pemulihan yang dijalankan di PUSPEN.
• Program diteruskan dengan sesi soal jawab bersama Pengurus-pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Johor.
Kelebihan Aktiviti :
• Menyokong matlamat utama AADK dalam menjadikan Malaysia bebas dadah.
• Bersama-sama membantu AADK dalam usaha memerangi dadah di Malaysia.
• Menambah pengetahuan mengenai bahaya penggunaan dadah dengan lebih terperinci.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :