LAWATAN KERJA YBHG TUAN PEGAWAI DAERAH KLUANG KE MUKIM-MUKIM BAGI PROMOSI VAKSIN COVID-19 FASA 2 & FASA 3 DAERAH KLUANG
Aktiviti terkini | 18 Mac 2021Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kg Sri Lukut, Kahang
Tujuan :
• Program pada hari ini juga merupakan kesinambungan bagi Program Pemerkasaan Komuniti Sebagai Agen Basmi Covid-19 (ABC 19) Daerah Kluang dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Kluang melalui pengisian taklimat yang telah disampaikan oleh Dr. Linayanti binti Rosli, Pegawai Kesihatan Daerah Kluang bagi meningkatkan tahap kesedaran dan keyakinan kepada komuniti setempat berkenaan kebaikan vaksin Covid-19.
• YBhg. Tuan Pegawai Daerah Kluang juga berkesempatan untuk menyerahkan poster daripada Pejabat Penerangan Daerah Kluang dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang kepada penghulu dan ketua-ketua kampung.
Kelebihan Aktiviti :
• Usaha mempromosikan vaksin Covid-19 bagi Fasa 2 dan Fasa 3 Daerah Kluang.
• Memberi kesedaran awal kepada para pemimpin & masyarakat tentang pentingnya vaksin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :