KURSUS KOMPUTER BERSAMA PETUGAS PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK)
Aktiviti terkini | 7, 11, 25 & 28 November 2021Tempat Aktiviti:
PEDi Kg. Sri Lukut
Ringkasan Aktiviti :
Program PEDi Kg. Sri Lukut bersama petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Pekan Kahang, Kluang yang bertujuan meningkatkan kemahiran petugas-petugas PPDK dalam melaksanakan tugas mereka dalam menjalankan pemulihan dalam komuniti dan menyelesaikan laporan-laporan yang berkaitan dengan PPDK. Kursus ini dijalankan oleh Pengurus PEDi Kg. Sri Lukut, Cik Nur Farahin Binti Azhar.
Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer untuk petugas-petugas PPDK.
• Mengukuhkan lagi kemahiran petugas-petugas PPDK terhadap perisian-perisian seperti Microsoft Word dan Microsft Excel yang amat penting dalam menyelesaikan laporan mereka.
• Mendedahkan petugas-petugas PPDK terhadap perlbagai fungsi yang terdapat dalam perisian yang mampu memudahkan dan membantu mereka menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang singkat.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kursus ini dijalankan sebanyak empat kali dengan setiap sesi mengambil masa selama dua jam.
• Pada sesi yang pertama, petugas-petugas PPDK didedahkan dengan Asas dan Pengenalan terhadap Komputer dan Internet.
• Kemudian, petugas-petugas diperkenalkan salah satu perisian terpenting dalam membuat laporan iaitu Microsoft Word pada sesi kedua dan ketiga.
• Sesi kedua memfokuskan terhadap kaedah membuat borang dan pada sesi ketiga petugas-petugas PPDK lebih terarah kepada cara-cara membina carta organisasi.
• Petugas kemudiannya diajar mengenai kaedah menggunakan Microsoft Excel yang sangat penting terutamanya bagi membuat laporan berkaitan pengiran yang menggunakan formula dan juga laporan yang menggunakan jadual.
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu petugas-petugas PPDK dalam menjalankan tugas mereka menjalankan pemulihan dalam komuniti.
• Memudahkan tugas petugas-petugas PPDK dalam membuat laporan berkaitan tugasan mereka.
• Memperluas pengetahuan terhadap pelbagai fungsi yang terdapat di dalam komputer yang sebelum ini masih banyak belum diterokai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :