KELUARGA BAHAGIA KOMUNITI BEBAS DADAH

Aktiviti terkini | 18 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Dewan Orang Ramai Kg. Sri Lukut

Ringkasan Aktiviti :
Program bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Sri Lukut, Kelab Belia Millenia KSL, Sembrong Kita & Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg. Sri Lukut yang dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) En. Vidyanathan A/L Ramanadhan, Exco Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor Merangkap ADUN Kahang. Program bertemakan Keluarga Bahagia Komuniti Bebas Dadah ini memberi kesedaran mengenai bahaya dadah terutamanya dalam komuniti. Pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah dari pihak AADK, Pertandingan Teka Silang Kata, Wordsearch, Pertandingan Mewarna dan sebagainya dijalankan bertemakan dadah bagi memberi pendedahan mengenai dadah kepada masyarakat Kg. Sri Lukut, Kahang, Kluang, Johor.


Tujuan :
• Menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah masyarakat terlibat dengan gejala dadah.
• Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat dalam usaha memerangi dadah.
• Mengupas punca-punca terjadinya ketagihan dadah.
• Membincangkan kesan-kesan penagihan dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat.
• Berkongsi mengenai peranan keluarga dan masyarakat dalam proses pemulihan dadah.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sementara menunggu kehadiran pihak AADK dan tetamu kehormat, Pertandingan Mewarna, Melukis Poster, Teka Silang Kata, Wordsearch, Teka Kacang dan Pertandingan Gubahan dijalankan.
• Program diteruskan lagi dengan Ceramah dari Wakil AADK Daerah Kluang.
• Selesai ceramah, Penceramah menjalan kuiz terbuka kepada semua tetamu yang hadir berkaitan ceramah yang telah disampaikan.
• Setelah itu, tetamu menjamu selera terlebih dahulu sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat.
• Majlis dimulakan sebaik sahaja ketibaan YB En. Vidyanathan A/L Ramanadhan diiringi Penghulu Mukim Kahang & Ketua Kampung Kg. Sri Lukut.
• Majlis diteruskan dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku, dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB En. Vidyanathan A/L Ramanadhan.
• Majlis disambung dengan penyampaian hadiah pertandingan dan cenderahati kepada tetamu kehormat.
• Tetamu kehormat dijemput menjamu selera.


Kelebihan Aktiviti :
• Menyedarkan masyarakat bahawa isu ketagihan dadah mampu merosak masa depan individu, bangsa dan negara.
• Memberi pengetahuan bahawa ketagihan dadah mampu dielakkan dengan adanya kefahaman dan kesedaran mengenainya.
• Mengajak masyarakat kampung bersama-sama menjauhkan diri dari bahaya dadah.
• Membuka mata masyarakat mengenai pengaruh penggunaan dadah terhadap kebahagian keluarga dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :