KESIHATAN MENTAL: BERSAMA CEGAH KES BUNUH DIRI
Aktiviti terkini | 19 September 2021Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sayong Pinang
Ringkasan Aktiviti :
Program mengupas tajuk Kesihatan Mental sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September 2021 melibatkan empat Pusat Internet Komuniti (PIK) iaitu PIK Taman Sayong Pinang, PIK Kampung Sri Lukut, PIK Kampung Sri Jaya dan PIK Taman Desa Paya Mengkuang.
Siaran langsung (FB live) ini dijalankan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sayong Pinang & dikongsi di Facebook Page PIK-PIK lain yang terlibat.
Program ini disasarkan kepada pengikut-pengikut Facebook Page PIK & masyarakat sekitar PIK.
Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan mental yang membawa kepada pelbagai kesan negatif sehingga boleh membawa kepada kejadian seperti bunuh diri.
• Membincangkan punca-punca yang menyebabkan keinginan bunuh diri itu terjadi.
• Mengupas tanda-tanda masalah kesihatan mental bagi memberi kesedaran awal kepada individu yang mengalaminya.
• Menyebarkan pengetahuan mengenai jenis-jenis penyakit mental yang sering menghantui ramai orang secara sedar atau tidak.
• Berkongsi tip-tip penjagaan kesihatan mental bagi mengelakkan masalah kesihatan mental menjadi lebih teruk.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Perkongsian dimulakan dengan tayangan video bertajuk Nak Tahu Apa itu Kesihatan Mental?
• Pengisian diteruskan dengan perbincangan mengenai tanda- tanda perubahan emosi dan diri yang berlaku terhadap individu yang mengalami masalah mental.
• Perkongsian kemudian membincangkan mengenai masalah kesihatan mental yang biasanya tidak kelihatan secara fizikal bagi menjauhi stigma dalam kalangan masyarakat.
• Punca-punca yang menyebabkan seseorang cenderung untuk membunuh diri turut dikupas.
• Jenis-jenis masalah kesihatan mental seperti Anxiety, Schizophenia & Bipolar turut dibincangkan bagi mengenal simptom-simptom berkaitan.
• Pengisian terakhir adalah mengenai tip-tip penjagaan kesihatan mental dan program diakhiri dengan perbincangan berkaitan topik ini.
Kelebihan Aktiviti :
• Menyedarkan masyarakat bahawa isu kesihatan mental merupakan isu yang serius.
• Menjauhkan stigma masyarakat terhadap individu yang menghadapi masalah mental.
• Memberi pengetahuan bahawa bunuh diri biasanya berkait rapat dengan kesihatan mental.
• Mengajak pengikut-pengikut Facebook Page keempat-empat PIK supaya bersama-sama berusaha menjaga kesihatan mental masing-masing supaya terhindar dari perkara yang tidak diingini seperti bunuh diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :