PROGRAM SOLAT TERAWIH BERSAMA PEGAWAI DAERAH KLUANG BAGI TAHUN 1443H/2022M

Aktiviti terkini | 21 April 2022

Tempat Aktiviti:
Masjid Ar-Rahman, Kg Sri Lukut

Nama VIP:
Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid – Tuan Pegawai Daerah Kluang


Ringkasan Aktiviti :
Program Solat Terawih Pegawai Daerah Kluang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kluang bersama ketua-ketua Jabatan Daerah Kluang Tahun 2022.

Tujuan :
• Mengimarahkan Masjid Ar-Rahman, Kg Sri Lukut dengan aktiviti keagamaan pada bulan ramadhan.
• Merapatkan ukhwah antara Pegawai Daerah Kluang dan Ketua-Ketua Jabatan dengan penduduk di Kg Sri Lukut.
• Memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan menunaikan solat terawih.
• Membantu asnaf dengan memberikan sumbangan bagi menyambut bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• YBhg. Tuan Pegawai Daerah Kluang, Tuan Hj Jamaludin bin Haji A. Hamid bersama rombongan Ketua-ketua Jabatan Daerah Kluang disambut oleh Penghulu Mukim Kahang, Ketua Kampung Sri Lukut, Kahang dan barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kg. Sri Lukut, Kahang serta kariah bagi solat terawih bersama penduduk di Kg. Sri Lukut, Kahang
• Program ini dimulakan dengan sesi ucapan dari Pengerusi Masjid Ar-Rahman, Penghulu Mukim Kahang, Tok Mohd. Ibnu Hazim bin Md. Ibnuhajar dan Pegawai Daerah Kluang, penyampaian sumbangan asnaf dari MAIJ Kluang yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah Kluang, berbuka puasa, solat tarawih secara berjemaah serta jamuan moreh.
• Beberapa permohonan yang dikemukakan oleh Pengerusi Masjid Ar-Rahman, Kg. Sri Lukut, Kahang akan disemak sebelum diambil tindakan penyelesaian.
• Tuan Pegawai Daerah juga menyampaikan sumbangan dari MAIJ Kluang kepada 10 orang asnaf bagi Kariah Masjid Ar-Rahman, Kg. Sri Lukut, Kahang bagi menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :