CHILLAX TALK @ TENGGARA
Aktiviti terkini | 19 Februari 2022Tempat Aktiviti:
Pejabat Parlimen Tenggara
Nama VIP:
Puan Nurulhuda Abd Aziz: Bekas Penyampai Berita TV3
Ringkasan Aktiviti :
Program Chillax Talk @ Tenggara dianjurkan oleh pejabat Parlimen Tenggara untuk mengajar peserta teknik suntingan pantas Poster dan Video menggunakan telefon pintar.
Tujuan :
• Dapat meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam teknik suntingan pantas poster dan video menggunakan telefon pintar.
• Memperkenalkan lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di khayalak ramai.
• Menggalakkan program Kolaborasi antara PEDi bersama badan-badan lain.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Chillax Talk @ Tenggara dimulakan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak dengan tajuk “Tidak Pasti Jangan Kongsi”.
• Program diteruskan dengan tajuk “Kuasa Suara” oleh Puan Nurulhuda Abd Aziz, Bekas Pemyampai Berita TV3.
• Speaker menerangkan tentang kenali suara anda, projection, pace, pause, pronunciation, dan sebagainya.
• Peserta turut dimaklumkan tentang pentingnya mengawal setiap patah perkataan yang dituturkan dengan betul dan jelas.
• Peserta turut diberi latihan untuk menyebut beberapa perkataan dengan betul.
• Program diteruskan dengan Tajuk “Editing App” menggunakan aplikasi InShot.
• Peserta didedahkan tentang Camera Size apabila mengambil video atau gambar.
• Penceramah juga menerangkan tentang Rule of thirds, Head room & nose room, digital attention span, dan choosing sound.
• Seterusnya, peserta diminta untuk mengambil video persekitaran dan edit video berdasarkan pembelajaran tersebut.
Kelebihan Aktiviti :
• Mendedahkan peserta dengan teknik kuasa suara dengan betul dan yakin.
• Memberi peserta ilmu tentang konsep-konsep yang terdapat dalam kuasa suara seperti sentiasa semak sebutan yang betul.
• Mendedahkan peserta tentang aplikasi yang terdapat dalam talian untuk mengedit gambar dan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :