TEMUDUGA LESEN PERIKANAN NELAYAN DARAT
Aktiviti terkini | 24 Januari 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Sri Lukut
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti :
Temuduga ini dijalankan oleh Pejabat Perikanan Daerah Kluang bersama MYKP Kahang bertujuan untuk menemuduga nelayan-nelayan darat di sepanjang sungai Kahang untuk pemberian lesen perikanan.
Temuduga bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang seramai 40 orang nelayan darat.
Tujuan :
• Memberi nelayan darat peluang perniagaan dengan pemberian lesen perikanan.
• Pemberian lesen perikanan akan menyenangkan nelayan darat untuk memohon bantuan daripada kerajaan.
• Memberi pendedahan kepada nelayan darat pentingnya lesen perikanan dalam menjalankan aktiviti urusniaga berkaitan perikanan
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Temuduga dijalankan oleh 2 orang panel daripada Jabatan Perikanan Daerah Kluang dan Ketua Kampung Sri Lukut.
• Temuduga diteruskan dengan panggilan nama mengikut senarai nama nelayan yang berdaftar.
• Panel menerangkan tentang kepentingan lesen perikanan dalam urusan perniagaan bagi nelayan darat.
• Peserta turut dimaklumkan tentang pelbagai manfaat yang akan diterima oleh nelayan darat yang berjaya mendapatkan lesen perikanan.
Kelebihan Aktiviti :
• Menyelaraskan bantuan kepada golongan yang berhak menerima kemudahan seperti nelayan yang lain.
• Lesen perikanan ini membolehkan mereka untuk mendapatkan pelbagai manfaat dan faedah yang ditetapkan oleh kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :