TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI

Aktiviti terkini | 28 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
SMK Tun Habab, Kota Tinggi

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program Taklimat Klik Dengan Bijak melibatkan pelajar Tingkatan 1 SMK Tun Habab, Kota Tinggi. Program ini melibatkan Pusat Internet Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Kota Tinggi termasuklah PEDi bawah seliaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. iaitu PEDi Taman Sayong Pinang, PEDi Taman Ilham dan PEDi Kg. Sri Lukut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah Taklimat KDB & Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Tujuan :
• Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar ketika menggunakan internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet.
• Memberi pengetahuan awal kepada pelajar mengenai pelbagai ancaman di alam maya.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Dimulakan dengan Taklimat Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Pn. Nur Hidayatul Hajar binti Arbain, Pengurus PEDi Taman Sayong Pinang.
• Pengisian diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan di mana pelajar dibahagikan kepada 15 kumpulan yang mempunyai sekitar 9-10 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan diselia oleh seorang staf PEDi bagi menjalankan LDK.
• Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah tablet atau komputer riba.
• Aktiviti pertama yang dijalankan adalah wordsearch menggunakan aplikasi Jamboard. Pelajar perlu mencari perkataan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan taklimat KDB yang telah dijalankan.
• Setelah itu, LDK yang kedua berkaitan tajuk Buli Siber, dimana pelajar perlu menyenaraikan kesan dan tindakan sekiranya menjadi mangsa buli siber.
• Pelajar juga menjawab pelbagai kuiz sama ada secara spontan atau melalui aplikasi Kahoot! Pelajar dalam setiap kumpulan secara bergilir-gilir menjawab setiap soalan.
• Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati dari Pihak Sekolah.


Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah mengenai ancaman siber yang sering berlaku tetapi mereka jarang menyadarinya.
• Memupuk semangat kerjasama dengan latihan dalam kumpulan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :