KLIK DENGAN BIJAK : REPUTASI DIGITAL
Aktiviti terkini | 28 Jun 2022Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Kg Sri Lukut
Nama VIP:
TIADA
Ringkasan Aktiviti :
FB Live di facebook page Pusat Internet Digital-PEDi Kg Sri Lukut pada 28 Jun 2022. FB Libve ini mengupas tentang kepentingan reputasi digital bagi seseorang individu.
Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti kepentingan reputasi digital.
• Memberi penekanan bahawa setiap invidu adalah bertanggungjawab dalam talian.
• Meyebarkan tentang 10 perkara tentang reputasi digital yang perlu diketahui dan tip untuk membersihkan reputasi digital.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Video dimulakan dengan member penerangan tentang 10 perkara tentang reputasi digital yang perlu anda tahu.
• Pengisian diteruskan dengan individu perlu berhati-hati sekiranya ingin berkongsi sesuatu perkara di laman sosial.
• Kemudian, individu dinasihati untuk tidak berkongsi gambar atau sebarang bentuk penulisan yang boleh disalah tafsir dan diubahsuai apabila ia disebarkan.
• Seterusnya, individu juga disarankan untuk menghantar mesej dalam keadaan tenang. Jika dalam keadaan marah atau kecewa, jauhkan diri daripada media sosial.
• Akhirnya, individu diberikan tip untuk membersihkan reputasi digital anda dengan 3 cara iaitu perbaiki reputasi, kongsi perkara positif mengenai diri anda, dan bersikap positif dan bertanggungjawab dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :