PHOTO EDITING : GLITCH EFFECT (PIXLR E)

Aktiviti terkini | 26 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pejabat Parlimen Tenggara

Nama VIP:
TIADA


Ringkasan Aktiviti :
Video Pembelajaran Interaktif mengenai kaedah menyunting gambar dan teks dengan menggunakan Filter Glitches di dalam laman sesawang Pixlr E. Pelbagai kesan yang dapat digunakan seperti RGB Split, Scanlines, Interference, Slices dan Fringe. Video Pembelajaran ini disasarkan kepada semua pengikut FB Page PEDi Kg. Sri Lukut dalam mendapatkan pelbagai info dan pengetahuan mengenai pelbagai perkara seperti aplikasi menyunting gambar, video dan sebagainya.

Tujuan :
• Memberi pengetahuan mengenai cara menyunting gambar dan teks dengan mudah dengan menggunakan fungsi Filter di dalam laman sesawang Pixlr E.
• Menjadikan penonton lebih kreatif dalam melakukan penyuntingan gambar sama ada untuk dimuat naik ke media sosial masing-masing ataupun untuk tujuan lain seperti tugasan sekolah.
• Menggalakkan penonton menggunakan masa sebaik mungkin dengan menonton video pembelajaran interaktif mengenai Photo Editing bagi menambah ilmu pengetahuan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Video dimulakan dengan memasukkan gambar latar belakang.
• Kemudian teks dimasukkan dengan saiz dan jenis yang sesuai.
• Filter Glitches dikenakan pada teks terlebih dahulu sebelum dikenakan pada gambar latar belakang mengikut keinginan masing-masing.
• Setelah selesai, kedua-dua teks dan gambar latar belakang digabungkan serta diberikan kesan Scanlines agar kelihatan lebih aesthetic.

Kelebihan Aktiviti :
• Membuka mata penonton bahawa Photo Editing tidak sesukar yang difikirkan.
• Menambah daya kreativiti dalam diri penonton.
• Mungkin membantu menjana pendapatan melalui Photo Editing.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :