GOTONG ROYONG TAMAN REKREASI SG. TEMIGGOL
Aktiviti terkini | 6 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
Taman Rekreasi Sg. Temiggol Kampung Sri Lukut
Nama VIP:
• En. Mohd. Ibnu Hazim bin Md. Ibnuhajar, Penghulu Mukim Kahang
Ringkasan Aktiviti :
Program gotong-royong Taman Rekreasi Sg. Temiggol yang merupakan salah satu tempat menarik bagi PEDi Kg. Sri Lukut anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Sri Lukut dengan kerjasama Jabatan Perhutanan (FOREST) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kluang dijalankan bagi mengajak penduduk Kampung Sri Lukut bagi bersama-sama memulihara dan melestarikan keindahan alam yang terdapat di sini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar taman rekreasi dengan mengutip sampah, membersihkan daun-daun kering, menebang pokok yang telah mati dan menanam semula pokok baru.
Tujuan :
• Memulihara dan melestarikan keindahan alam sekitar Taman Rekreasi Sg. Temiggol.
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan penduduk Kg. Sri Lukut akan pentingnya menjaga dan melestarikan alam sekitar yang wujud di kawasan kampung.
• Mengeratkan hubungan antara komuniti sekitar PEDi Kg. Sri Lukut.
• Memupuk semangat tolong - menolong dan saling menghargai dalam apa jua urusan yang bertujuan mensejahterakan penduduk Kg. Sri Lukut
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dimulakan dengan ketibaan pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kluang, Penghulu Mukim Kahang, En. Mohd. Ibnu Hazim bin Md. Ibnuhajar dan Ketua Kampung, En. Yussof bin Ibrahim serta penduduk Kampung Sri Lukut.
• Para hadirin disajikan dengan sarapan pagi terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti gotong-royong di khemah urusetia.
• Selesai sarapan pagi, gotong – royong dijalankan dengan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan dengan tugasan berbeza seperti, menebang pokok yang telah mati, menyapu daun kering, menanam pokok baharu sumbangan Jabatan Hutan, membersihkan sungai dan mengutip sampah sarap sekitar taman rekreasi.
• Acara kemuncak adalah dimana Penghulu Mukim Kahang bersama-sama wakil dari Jabatan Perhutanan dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kluang serta Ketua Kampung bersama-sama menanam pokok sebagai simbolik program.
• Dua batang pokok Akasia yang telah mati berjaya ditumbangkan dengan bantuan jentera berat bagi keselamatan pengunjung sebelum acara tamat.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Rekreasi Sg. Temiggol, Kampung Sri Lukut.
• Menghidupkan kembali suasana Taman Rekreasi yang biasanya ramai dengan pengunjung dan peniaga – peniaga yang menjaja di taman rekreasi ini sebelum Pandemik Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :