KURSUS EDIT VIDEO DAN STIKER & ASAS PERAKAUNAN (SIMPAN KIRA & ANALISA)
Aktiviti terkini | 11 Oktober 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Komuniti Desa (PKD) Kahang, Kluang.
Nama VIP:
Datuk Abd Ghani bin Abd Rashid wakil rasmi YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong, merangkap Menteri Kanan Pertahanan Malaysia
Ringkasan Aktiviti :
Program anjuran Pusat Komuniti Desa (PKD) Kahang dengan kerjasama PEDi Kg. Sri Lukut mengenai kaedah menghasilkan video dan poster yang menarik bagi mempromosikan produk-produk milik usahawan di sekitar Kawasan Kahang. Seramai 7 orang usahawan dengan pelbagai jenis produk seperti Tart Keju, Kuih Siput, Kuih
Tiram, Kuih Raya, Sate, minuman dan sebagainya turut serta dalam program ini. Bagi tujuan menghasilkan poster, peserta menggunakan aplikasi Canva dan untuk penghasilan video, aplikasi Capcut digunakan.
Tujuan :
• Membantu para usahawan mengenai kaedah menghasilkan bahan promosi yang mampu menarik pelanggan.
• Memberi pengetahuan kepada para usahawan bahawa bahan-bahan promosi boleh dihasilkan sendiri secara percuma.
• Meningkatkan kemahiran usahawan sebagai usahawan digital.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kursus dimulakan oleh Cik Nur Farahin Binti Azhar dengan memperkenalkan aplikasi Canva kepada peserta.
• Langkah pertama, peserta perlu memilih templat poster yang bersesuaian dengan produk mereka.
• Kemudian, mereka perlu memuat naik gambar produk mereka ke dalam Canva dengan menggunakan fungsi Upload.
• Dengan menggunakan fungsi Element, peserta perlu mencari Frame yang sesuai dengan gambar mereka bagi meletakkan gambar produk mereka di dalam poster.
• Bagi tulisan, mereka boleh menambah teks atau hanya edit pada template sahaja.
• Setelah selesai, peserta diajar mengenai kaedah memuat turun poster supaya boleh dimuat naik di media sosial.
• Peserta turut diperkenalkan dengan aplikasi Capcut bagi tujuan menghasilkan video untuk produk mereka. Usahawan hanya perlu menyediakan
gambar dan video produk kemudian menggunakan template sedia ada di dalam CapCut.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menggunakan aplikasi-aplikasi yang mudah dan mempunyai pelbagai templat yang memudahkan para usahawan menggunakannya.
• Memberi peluang para usahawan meneroka pasaran digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :