PROGRAM BUBUR LAMBUK SEKAMPUNG

Aktiviti terkini | 8 April 2023

Tempat Aktiviti:
Masjid Ar-Rahman, Kg. Sri Lukut, Kahang, Kluang.

Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program Bubur Lambuk Sekampung anjuran Masjid Ar-Rahman dengan kerjasama JPKK Kg Sri Lukut ini bersempena dengan sambutan Nuzul Quran dan Bulan Ramadan 1444H. Juadah berbuka puasa berupa bubur lambuk disediakan secara bergotong-royong di penanggah Masjid Ar-Rahman Kg Sri Lukut untuk diedarkan kepada seluruh penduduk Kg. Sri Lukut.


Tujuan :
• Mengimarahkan masjid sempena bulan ramadan.
• Mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.
• Berkongsi rezeki dengan penduduk kampung.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan penyediaan bahan masakan seperti mengupas bawang, kentang, mencuci daun bawang dan daun sup serta menyediakan beberapa bahan lain seperti beras dan daging.
• Selesai penyediaan bahan, tukang masak mula menumis rempah-rempah dan daging sebelum beras dimasukkan ke dalam 2 buah periuk besar.
• AJK Masjid dan JPKK Kg Sri Lukut kemudian bergilir-gilir mengacau bubur lambuk sambil bahan-bahan lain dimasukkan ke dalam periuk.
• Sebahagian bertugas untuk menyusun bekas plastik untuk diisi dengan bubur yang telah masak.
• Setelah bubur masak, proses diteruskan dengan menuang bubur ke dalam 400 unit bekas plastik dan kemudian di tabur dengan bawang goreng dan daun bawang sebelum dibungkus rapi.
• Selesai dibungkus, beberapa AJK bertanggungjawab mengedarkan bubur tersebut kepada seluruh penduduk Kg. Sri Lukut.


Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Memanfaatkan bulan suci Ramadan dengan aktiviti kemasyarakatan.
• Memupuk sifat ihsan dalam diri masyarakat Kg Sri Lukut


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :