SUKAN ORANG KURANG UPAYA DUN KAHANG 2023
Aktiviti terkini | 14 Disember 2023Tempat Aktiviti:
PDK Ehsan, Taman Sri Lambak, Kluang
Nama VIP:
• YB R. Vidyananthan / Adun Kahang
Ringkasan Aktiviti :
Sukan Orang Kurang Upaya Dun Kahang 2023 telah disertai oleh 4 PDK yang terdapat dalam Dun Kahang. dimulakan dengan acara balapan yang disertai oleh pelatih OKU iaitu lumba lari, lumba lari berganti, lompat diri, dan bocce. Seterusnya, acara diteruskan dengan indoor game iaitu acara dam ular dan congkak. Terdapat juga acara untuk ibubapa, penjaga dan ahli jawatankuasa PDK iaitu gubahan kain/tuala, gubahan buahan, masakan dan boling kelapa kategori lelaki dewasa. Kategori khemah dan kontijen terbaik juga turut diadakan untuk menggalakkan aktiviti kerjasama berpasukan.
Tujuan :
• Memberi kesedaran pentingnya sukan dalam kalangan orang kurang upaya.
• Memberi pendedahan kepada golongan OKU bahawa mereka juga boleh melakukan aktiviti bersukan dan beriadah.
• Menggalakkan aktiviti kerjasama berpasukan dalam kalangan orang kurang upaya.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Majlis dimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan peserta balapan. Acara balapan padang untuk pelatih PDK iaitu lumba lari, lumba lari berganti, lompat diri, dan bocce.
• Program diteruskan dengan acara indoor game yang melibatkan dam ular dan congkak.
• Seterusnya, kehadiran tetamu VIP disambut dengan perbarisan kontijen dari 4 PDK yang terdapat dalam Dun Kahang
• Program diteruskan dengan ucapan dan perasmian daripada YB R. Vidyananthan Adun Kahang dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan aktiviti sihat dengan bersukan dalam kalangan Orang Kurang Upaya.
• Menyebarkan kesedaran kepada Masyarakat bahawa pentingnya menggalakkan warga Orang Kurang Upaya untuk terlibat dalam aktiviti riadah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :