MAJESTIC JOHOR CLEAN 2023 DI TAMAN REKREASI SG. TEMIGGOL
Aktiviti terkini | 13 Februari 2023Tempat Aktiviti:
Taman Rekreasi Sg. Temiggol
Nama VIP:
Tuan Haji Jamaluddin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang.
Ringkasan Aktiviti :
Program Majestic Johor Clean 2023 dianjurkan oleh Kerajaan negeri Johor melalui Tourism dengan melibatkan badan-badan kerajaan, iaitu Pejabat Daerah Kluang, pertubuhan awam dan swasta di Sungai Temiggol, Kahang. Seramai lebih 200 orang telah menjayakan kempen ini di sini. Antara tetamu yang turut hadir ialah Puan Norhayati binti Md Nor, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Ketua-ketua Jabatan Pejabat Daerah Kluang, Puan Dhiya Ruzanna Binti Abd Wahid, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Daerah Kluang, Renger Madek, Jabatan Perhutanan Johor Tengah dan beberapa jabatan kerajaan yang lain.
Tuan Haji Jamaluddin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang telah merasmikan Majestic Johor Clean 2023 Peringkat Daerah Kluang.
Tujuan :
• Memastikan negeri Johor berada dalam keadaan selamat dan bersih.
• Menjadi wadah terbaik dalam mempromosikan tempat perlancongan menarik dalam negeri Johor.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ketibaan tetamu kehormat dan peserta Johor Clean seawal jam 8.00 pagi.
• Gotong royong membersihkan Kawasan Taman Rekreasi Sg. Temiggol Dijalankan.
• Majlis Perasmian diteruskan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang.
• Beliau turut menanam pokok sebagai simbolik perasmian Program Majestic Johor Clean 2023.
• Program di akhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan Taman Rekreasi Sg. Temiggol kepada orang ramai.
• Membersihkan kawasan perlancongan di dalam negeri Johor bagi menarik pelancong luar Johor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :