KELAS ICT: MENGHASILKAN POSTER BERTEMAKAN KLIK DENGAN BIJAK! MENGGUNAKAN CANVA
Aktiviti terkini | 20 Januari 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Kg. Sri Lukut
Nama VIP:
Encik Syamsul Amri bin Ismail (Syamsul Debat)
Penceramah Jemputan
Ringkasan Aktiviti :
Kelas ICT anjuran PEDi Kg Sri Lukut memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai aplikasi dan fungsi komputer yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Peserta diperkenalkan dengan laman web Canva yang merupakan laman web rekaan grafik yang boleh diakses secara percuma. Pelbagai template yang disediakan di dalam laman web tersebut yang boleh digunakan bersesuaian dengan tema. Peserta diberikan poster berkaitan kesan buli siber dan langkah-langkah mengatasi buli siber yang kurang menarik.
Tugas peserta adalah mereka perlu menggunakan maklumat di dalam poster tersebut dan menghasilkan poster yang lebih menarik berkaitan tajuk tersebut.
Selain itu, mereka juga perlu menghasilkan poster berkaitan Kecurian Identiti.
Tujuan :
• Memberikan pendedahan awal mengenai teknologi komputer.
• Menambah kemahiran penggunaan komputer dan internet.
• Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas rekaan grafik dalam menghasilkan poster.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta diperkenalkan dengan Laman Web Canva.
• Peserta perlu mendaftar masuk laman web tersebut sama ada menggunakan akaun Google, emel dan sebagainya.
• Setelah mendaftar masuk, peserta perlu mencari template poster dengan menaip poster diruangan search.
• Peserta kemudian boleh memilih poster yang bersesuaian dengan tajuk mereka sebelum memasukkan maklumat yang telah diberikan melalui poster kurang menarik yang dipaparkan melalui projektor.
• Peserta perlu menghasilkan semula poster dengan lebih menarik dengan menggukan pelbagai elemen yang terdapat di dalam Canva.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan mengenai tajuk Buli Siber & Kecurian Identiti dalam Klik Dengan Bijak! disamping memahirkan rekaan grafik peserta.
• Menghasilkan poster Klik Dengan Bijak! yang lebih menarik yang boleh dikongsikan dengan rakan-rakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :