KURSUS KEUSAHAWANAN RISDA: ASAS JAHITAN (SOFT TOY)
Aktiviti terkini | 26 Julai 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Kg. Sri Lukut
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Program keusahawanan anjuran Pejabat RISDA Daerah Kluang yang melibatkan Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dalam menghasilkan permainan ‘Soft Toy’. Peserta didedahkan dengan kaedah menggunting kain mengikut pola, menjahit bahagian tepi pola, memasukkan hollow fiber ke dalam soft toy dan jahitan selepas hollow fiber dimasukkan ke dalam soft toy. Peserta diajar menghasilkan soft toy berbentuk kucing.
Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran jahitan dalam kalangan peserta.
• Menambah ilmu mengenai peluang menghasilkan produk sendiri bagi menambah pendapatan.
• Meningkatkan kreativiti peserta dengan meneroka perkara baru.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penunjuk ajar dari Pejabat RISDA Daerah Kluang dan para peserta berkumpul di PEDi Kg. Sri Lukut seawal jam 2.00 petang.
• Tepat jam 2.30 petang, peserta diberikan penerangan mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.
• Peserta dibekalkan dengan peralatan-peralatan menjahit dan bahan-bahan lain seperti gunting, tali tape, fabrik, hollow fiber, pola jahitan dan sebagainya.
• Setelah itu, peserta didedahkan dengan kaedah meletakkan pola di atas fabrik dan mengunting fabrik mengikut pola yang telah diberikan.
• Selesai menggunting, peserta perlu menggunakan mesin jahit yang disediakan untuk menjahit sekeliling bahagian soft toy sebelum fabriknya diterbalikkan untuk dimasukkan dengan hollow fiber.
• Selepas hollow fiber dimasukkan, peserta perlu menjahit bahagian yang ditinggalkan bagi mengelakkan hollow fiber daripada keluar.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menanam semangat berdikari dalam diri peserta.
• Melahirkan usahawan yang mempunyai pelbagai kemahiran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :