KELAS ICT STEM: PENGATURCARAAN MICROBIT PENGAJARAN 1-3
Aktiviti terkini | 23 & 24 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Bilik Training PEDi Kg. Sri Lukut
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Kelas ICT berkaitan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) menekankan asas pengaturcaraan Microbit dengan menggunakan Laman Web Future Skills for All (FS4A) dan Laman Web MakeCode. Peserta dapat mempelajari asas pengaturcaraan micro:bit dengan membina projek haiwan yang comel. Pengajaran bermula dengan Pengajaran 0 yang menunjukkan langkah-langkah penting untuk memulakan pembelajaran siri Microbit. Seterusnya Pengajaran 1 hingga Pengajaran 3 mengenai pelbagai projek yang melibatkan komponen elektrik seperti LED, Buzzer, Perintang dan sebagainya.
Tujuan :
• Memperkenalkan asas pengaturcaraan bagi membuka minda peserta.
• Meningkatkan kesedaran peserta akan kepentingan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dalam usrusan harian
• Meningkatkan kreativiti peserta dengan meneroka perkara baru.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kelas dimulakan dengan Pengenalan kepada Laman Web Future Skills for All (FS4A) dan Laman MakeCode bagi tujuan pengaturcaraan Microbit.
• Peserta turut didedahkan dengan bentuk Microbit dan komponen-komponen yang terdapat dalam set Microbit.
• Peserta kemudiannya memulakan Pengajaran 1 dengan memahami fungsi Microbit dan memahami konsep Input dan Output. Input ialah maklumat yang diterima dari persekitaran melalui deria manakala Output ialah aksi/proses yang dicetuskan sebagai reaksi daripada input tadi.
• Peserta kemudian menonton video dan mengikuti arahan yang terdapat di dalam video bagi menyiapkan projek.
• Seterusnya peserta di dedahkan dengan pengaturcaraan yang melibatkan komponen LED yang mengeluarkan Cahaya dan Buzzer yang mengeluarkan bunyi.
• Peserta cuba untuk menghasilkan lagu menggunakan laci muzik berdasarkan Nota Muzik yang telah diberikan.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Membantu peserta merasai pengalaman menyediakan litar yang disambungkan ke Microbit.
• Menambah ilmu berkaitan Reka Bentuk dan Teknologi yang turut diajar di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :