PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK! DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM BANDAR TENGGARA (PEYARA)
Aktiviti terkini | 12 Mac 2023Tempat Aktiviti:
Rumah Kebajikan Anak Yatim Islam Bandar Tenggara
Nama VIP:
Pn. Hajah Saadiah Binti Ismail, Timbalan Yang-Dipertua PEYARA Bandar Tenggara
Ringkasan Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak! (KDB) di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Bandar Tenggara (PEYARA) anjuran PEDi Taman Sayong Pinang dengan kerjasama beberapa PEDi Kluster Kota Tinggi dan PEDi Kg Sri Lukut diadakan bagi memberi pendedahan kepada anak-anak penghuni PEYARA mengenai penggunaan internet yang baik dan berhemah. Topik yang ditekankan termasuklah tajuk buli siber dan terlebih kongsi.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah Pengenalan Mengenai PEDi, taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz, Membina logo kumpulan dan sorakan kumpulan serta aktiviti Eksplorasi.
Tujuan :
• Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar ketika menggunakan internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sekitar 30 orang anak-anak PEYARA berkumpul di dewan makan seawal jam 9.00 pagi.
• Taklimat mengenai pengenalan PEDi di sampaikan oleh Pn. Ezzah Syazwina binti Rosli kepada peserta dan pembahagian kumpulan turut dijalankan. Peserta dibahagikan kepada 5 Kumpulan.
• Program diteruskan dengan makan pagi pada jam 10.00 pagi dan diteruskan lagi dengan Taklimat KDB dengan tajuk Buli Siber dan Terlebih Kongsi yang disampaikan oleh Pn. Nurhidayatul Hajar binti Arbain.
Taklimat diselangi dengan kuiz berkaitan tajuk tersebut.
• Seterusnya, peserta perlu mencipta logo kumpulan dan dalam masa yang sama mencipta sorakan untuk kumpulan mereka.
• Setelah itu, peserta bergerak untuk makan tengah hari, solat dan rehat sebelum aktiviti eksplorasi pada jam 2.00 petang.
• Aktivi selesai pada jam 4.15 petang dan acara penyampaian hadiah dijalankan dan diteruskan dengan sesi bergambar.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan peserta mengenai penggunaan internet.
• Mengisi masa lapang peserta sempena cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :