PROGRAM KAMPUNG SRI LUKUT BERHARI RAYA 2023
Aktiviti terkini | 26 Mei 2023Tempat Aktiviti:
Dewan Orang Ramai Kampung Sri Lukut
Nama VIP:
YBhg. Datuk Hj. Abd Ghani bin Abd Rashid, Ketua UMNO Bahagian Sembrong
Ringkasan Aktiviti :
Program Kampung Sri Lukut Berhari Raya 2023 anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dengan Kerjasama KEMAS Parlimen Sembrong dan UMNO Bahagian Sembrong adalah bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain jamuan dengan menu hari raya, majlis turut meraikan peserta Pelita Raya Malam Tujuh Likur 2023 yang telah berlangsung dari 14 April – 20 April 2023. Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Datuk Hj. Abd Ghani bin Abd Rashid, Ketua UMNO Bahagian Sembrong.
Tujuan :
• Mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.
• Meraikan peserta Pelita Raya Malam Tujuh Likur 2023 yang bersungguh-sungguh dalam mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.
• Meraikan bulan Syawal 1444 H.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dimulakan dengan kehadiran para tetamu seawal jam 2.00 Petang.
• Penghulu Mukim Kahang bersama-sama Ketua Kg. Sri Lukut menyambut ketibaan YBhg. Datuk Hj. Abd Ghani bin Abd Rashid, Tn. Hj. Robani bin Sayadi, Pembantu Peribadi ADUN Kahang dan Ketua Kg. Contoh serta tetamu kehormat yang lain.
• Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa dan Jamuan Makan terlebih dahulu.
• Sementara menikmati jamuan, tetamu dihidangkan dengan persembahan montaj sempena Pertandingan Pelita Raya Malam Tujuh Likur 2023.
• Majlis diteruskan lagi dengan Kata Sambutan dari Penghulu Mukim Kahang, En. Mohd Ibnu Hazim bin Md. Ibnuhajar.
• YBhg. Datuk Hj. Abd Ghani bin Abd Rashid, Ketua UMNO Bahagian Sembrong kemudiannya memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan penutupan majlis.
• Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pelita Raya Malam Tujuh Likur 2023 yang turut disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Abd Ghani bin Abd Rashid.
• Acara diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pemenang dan AJK Majlis.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Menambah semangat bersatu padu dalam kalangan penduduk kampung.
• Meningkatkan rasa sayang terhadap kampung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :