TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN S.A.F.E INTERNET SK KAHANG, KLUANG, JOHOR
Aktiviti terkini | 15 November 2023Tempat Aktiviti:
Dewan Sekolah Kebangsaan Kahang, Kluang, Johor
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Taklimat Klik Dengan Bijak melibatkan pelajar Tahap 2 SK Kahang dimulakan dengan pengenalan PEDi dan seterusnya Taklimat Klik Dengan Bijak serta S.A.F.E Internet. Semasa taklimat pelajar juga diberikan soalan kuiz berkaitan taklimat yang disampaikan dan hadiah turut diberikan kepada para pemenang.
Tujuan :
• Memberi kesedaran akan bahaya yang terdapat di dalam internet kepada pelajar.
• Membimbing pelajar dengan langkah-langkah yang perlu di ambil dalam menyelesaikan masalah berkaitan dunia digital.
• Mencegah pelajar dari menjadi mangsa bahaya dunia digital.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Majlis dimulakan dengan pergerakan masuk murid-murid ke dalam dewan sebelum guru menjemput Staf PEDi Kg Sri Lukut untuk menyampaikan taklimat.
• Taklimat dimulakan dengan pengenalan PEDi berkaitan perkhidmatan, objektif, kelebihan menjadi ahli dan sebagainya.
• Seterusnya, taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak melibatkan tajuk Buli Siber dan pelbagai ancaman siber serta menekankan cara pencegahannya iaitu dengan menerapkan S.A.F.E iaitu SMART, AWARE, FORTIFY DAN EMPATHY.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Membantu pelajar mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah siber.
• Menyebarkan kesedaran akan pelbagai ancaman di internet sejak kecil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :