KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 @ TAMAN REKREASI SG. TEMIGGOL
Aktiviti terkini | 6 Ogos 2023Tempat Aktiviti:
Taman Rekreasi Sg. Temiggol, Kg. Sri Lukut, Kahang, Kluang, Johor
Nama VIP:
• DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)
Ringkasan Aktiviti :
Taman Rekreasi Sg. Temiggol, Kg. Sri Lukut telah terpilih menjadi salah satu lokasi persinggahan Kembara Mahkota Johor bagi tahun 2023 yang bersesuaian dengan tema alam sekitar dan suasana perkampungan. Konvoi Diraja dipimpin Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Berangkat bersama dalam konvoi Diraja, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibrahim. Turut berangkat sama Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menyambut Kerabat Diraja Negeri Johor tersebut.
Tujuan :
• Memperkenalkan keindahan semulajadi yang terdapat di Kg. Sri Lukut.
• Memupuk semangat bersatu-padu dalam kalangan Masyarakat.
• Memupuk rasa hormat kepada pemimpin.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Rombongan Konvoi Kembara Mahkota Johor 2023 tiba kira-kira jam 9.00 pagi disambut dengan paluan kompang dan bacaan doa.
• Acara diteruskan lagi dengan Demonstrasi Masakan yang dipersembahkan kepada Tunku Mahkota Johor. Sementara itu, DYAM Tunku Idris, Tunku Abdul Rahman, Tunku Abu Bakar dan Datuk Dennis berangkat ke dataran bagi melihat aktiviti Bola Sepak Calong, Memanah, Jengga gergasi dan Tangkap Itik.
• Tunku Mahkota Johor kemudiannya melawat pelbagai pameran dari pelbagai Jabatan sebelum bergerak ke Jungle Trail untuk aktiviti Paintball. Seterusnya YAM Tunku Ismail berangkat melawat ke kawasan Survival Tent oleh Botalian Keenam Rejimen Renjer Diraja bersama-sama Keluarga kerabat yang lain sebelum bergerak untuk menikmati Santapan Diraja sebelum berangkat ke lokasi seterusnya di Paloh.
Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan antara keluarga Kerabat Diraja Johor dengan rakyat.
• Menambah pengalaman para sukarelawan dalam menjalankan program terutamanya melibatkan kerabat Diraja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :