MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti terkini | 10 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Sayong Pinang

Nama VIP:
• Puan Nurzie binti Ibrahim, Pengarah Pembangunan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor.

Ringkasan Aktiviti :
Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif Kemerdekaan 2023 melibatkan sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Kulai anjuran PEDi Taman Sayong Pinang dengan kerjasama PEDi Felda Tenggaroh, PEDi Kampung Sri Lukut, PEDi Felda Layang-layang, PEDi Felda Inas, PEDi Felda Bukit Batu, dan PEDi Felda Bukit Permai bagi memberi penghargaan kepada peserta-peserta yang terlibat dalam pertandingan video kreatif sempena bulan kemerdekaan 2023 yang berlangsung bermula 17 hingga 30 September 2023. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Nurzie binti Ibrahim, Pengarah Pembangunan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor. Majlis turut dihadiri Dato' Sri Dr. Adham bin Baba.


Tujuan :
● Mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan video kreatif.
● Mengasah ’soft skill’ yang ada dalam diri setiap murid.
● Memupuk sikap kerjasama antara ahli kumpulan dan komuniti.
● Melatih murid menggunakan ICT.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
● Majlis dimulakan dengan ketibaan para peserta Bersama-sama guru pengiring masing-masing sebelum pendaftaran dijalankan.
● Program diteruskan lagi dengan Taklimat Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Puan Mastura Binti Esa dari PEDi Layang-Layang.
● Taklimat diteruskan dengan kuiz berkaitan tajuk Klik Dengan Bijak yang telah disampaikan.
● Seterusnya, Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada peserta Pertandingan Video Kreatif Kemerdekaan 2023 dijalankan dengan dimulakan oleh bacaan doa. Seterusnya ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Nurzie binti Ibrahim, Pengarah Pembangunan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor.
● Seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang sebelum peserta bersurai dan jamuan VIP.


Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :
● Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya berfungsi sebagai individu yang seimbang, bermatlamat, berfikiran kreatif, celik digital, berbakat, dan mampu memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum.
● Membina sikap yakin dengan kebolehan diri.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :