KELAS ICT: MICROSOFT POWERPOINT (TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA)

Aktiviti terkini | 14 April 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Sri Lukut

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ICT yang memfokuskan kepada Microsoft Office PowerPoint bagi menghasilkan slaid mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Peserta perlu mencari gambar-gambar mercu tanda yang menjadi tarikan pengunjung di Malaysia.

Tujuan :
• Mengenali lebih baik mengenai pelbagai fungsi yang terdapat di dalam Microsoft PowerPoint bagi memudahkan penghasilan slaid berkaitan tempat menarik di Malaysia.
• Menambah pengetahuan mengenai tempat menarik dan mercu tanda yang terdapat di Malaysia.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta mencari terlebih dahulu gambar-gambar mercu tanda tempat menarik di Malaysia dengan menggunakan web browser.
• Setelah itu, peserta perlu menyimpan gambar tersebut di dalam komputer sebelum dimasukkan ke dalam Microsoft Office PowerPoint melalui fungsi Insert Pictures.
• Peserta perlu memasukkan satu gambar untuk setiap slaid sebelum memberikan keterangan mengenai tempat menarik tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office PowerPoint bagi menghasilkan bahan pembentangan yang menarik untuk audien.
• Memanfaatkan pelbagai fungsi, templat dan sebagainya yang dapat memudahkan peserta menyampaikan maklumat kepada audien mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :