PEMBUKAAN KAUNTER PENDAFTARAN PADU OLEH PEGAWAI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Aktiviti terkini | 17 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Sri Lukut

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Pembukaan kaunter pendaftaran dan pengemaskinian Pangkalan Data Utama (PADU) yang dikelola oleh pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia bagi menggalakkan penduduk sekitar PEDi Kampung Sri Lukut bagi membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat berkaitan profil individu dan isi rumah mereka bagi mendapatkan peluang untuk menerima bantuan atau perlidungan sosial yang sewajarnya.

Tujuan :
• Meningkatkan kesedaran penduduk sekitar PEDi Kg Sri Lukut mengenai pentingnya pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu ke dalam sistem PADU.
• Membantu Kerajaan mencapai objektif utama sistem PADU.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kaunter pendaftaran PADU di PEDi Kampung Sri Lukut dibuka bermula jam 9.30 pagi dengan ketibaan pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia.
• Peduduk sekitar PEDi secara bergilir-gilir membuat pendaftaran di 4 kaunter yang telah disediakan.
• Selain membuat pendaftaran, penduduk juga mendapatkan maklumat lebih tepat daripada pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia itu sendiri.
• Kaunter ditutup pada jam 4.00 petang.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu rakyat Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar untuk mendapatkan maklumat sewajarnya mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan.
• Mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat Malaysia akan keselamatan sistem PADU.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :