TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN S.A.F.E INTERNET SK FELDA PENGELI TIMUR

Aktiviti terkini | 23 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
SK Felda Pengeli Timur

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Taklimat Klik Dengan Bijak melibatkan pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 SK Felda Pengeli Timur dimulakan dengan pengenalan PEDi dan seterusnya Taklimat Klik Dengan Bijak serta S.A.F.E Internet. Semasa taklimat pelajar juga diberikan soalan kuiz dan permainan Wordsearch berkaitan taklimat yang disampaikan dan hadiah turut diberikan kepada para pemenang. Program ini melibatkan PEDi Taman Sayong Pinang, PEDi Taman Ilham dan PEDi Kampung Sri Lukut.

Tujuan :
• Meningkatkan pengetahuan akan bahaya yang terdapat di dalam internet kepada pelajar.
• Membimbing pelajar dengan tindakan yang perlu di ambil dalam menyelesaikan masalah berkaitan dunia digital.
• Menghalang pelajar daripada menjadi mangsa risiko dalam talian.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Majlis dimulakan dengan pergerakan masuk murid-murid Tahap 2 ke dalam dewan sebelum guru menjemput staf PEDi Taman Sayong Pinang untuk menyampaikan taklimat.
• Taklimat dimulakan dengan pengenalan PEDi berkaitan perkhidmatan, objektif, kelebihan menjadi ahli dan sebagainya.
• Seterusnya, taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak melibatkan tajuk Buli Siber dan pelbagai ancaman siber serta menekankan cara pencegahannya iaitu dengan menerapkan S.A.F.E iaitu SMART, AWARE, FORTIFY dan EMPATHY.
• Kuiz berkaitan taklimat telah dijalankan dan hadiah turut diberikan kepada pemenang.
• Sesi taklimat berhenti seketika untuk rehat dan jamuan makan sebelum diteruskan lagi dengan taklimat untuk murid-murid Tahap 1.
• Taklimat sama seperti Tahap 2 telah disampaikan oleh staf PEDi Kg. Sri Lukut, namun aktiviti yang dijalankan adalah permainan Wordsearch berkaitan taklimat dan hadiah kepada peserta terpantas turut disediakan.
• Pemberian cendaramata oleh pihak sekolah kepada staf PEDi dijalankan sebelum majlis bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu pelajar mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah siber.
• Menyebarkan kesedaran akan pelbagai ancaman di internet sejak kecil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :