PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK) DAN TAKLIMAT BANK SIMPANAN NASIONAL
Aktiviti terkini | 31 Julai 2024Tempat Aktiviti:
NADI Kg Sri Lukut
Nama VIP :
TIADA
Ringkasan Aktiviti :
• Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kg. Sri Lukut kelolaan Pejabat RISDA Daerah Kluang adalah perkumpulan Wanita pekebun kecil di Kg. Sri Lukut yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti Marhaban, Kelas Jahitan Soft Toy, Kelas Pembuatan Kek Tapak Kuda dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, mesyuarat agung tahunan PWPK bertujuan melantik Ahli Jawatankuasa bagi mengelola PWPK bagi tahun 2024/2025 dalam menjalankan aktiviti bulanan dan penghasilan produk sendiri yang membantu menjana pendapatan bagi PWPK sendiri. Selain itu, wakil daripada Bank Simpanan Nasional turut hadir memberi sedikit sebanyak taklimat berkaitan produk BSN seperti Skim Simpanan Premium, Hibah, dan simpanan emas.
Tujuan :
• Mesyuarat Agung Tahunan bagi melantik Ahli Jawatankuasa Baharu Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kg. Sri Lukut yang terdiri daripada usahawan dan suri rumah.
• Meningkatkan pengetahuan penduduk Kg. Sri Lukut mengenai produk-produk keluaran Bank Simpanan Nasional.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dimulakan dengan pembukaan oleh Pn. Norzurealyn Zulkfly, Penolong Pegawai Pertanian Wanita menjemput pegawai daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) memberikan sedikit taklimat sebelum mesyuarat dimulakan.
• Sesi soal jawab bersama ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) bersama pegawai BSN dijalankan berkaitan produk BSN.
• Sesi mesyuarat agung tahunan PWPK dimulakan oleh setiausaha PWPK Cik Nur Farahin Binti Azhar, dengan menjemput Pn. Hjh. Rohani binti Hashim untuk bacaan doa.
• Seterusnya, Pengerusi PWPK, Pn. Rahmah binti Elias menyampaikan ucapannya dan diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil Pegawai RISDA Daerah Kluang, En. Rizal.
• Mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu dan perbentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2024 oleh bendahari PWPK.
• Seterusnya, Pn. Norzurealyn Zulkfly, Penolong Pegawai Pertanian Wanita dilantik sebagai pengerusi sementara bagi menjalankan agenda perlantikan AJK Baharu PWPK dijalankan dengan Cadangan dan sokongan daripada ahli PWPK serta undian.
• Agenda mengenai hal-hal berbangkit termasuk berkaitan pemutihan ahli PWPK, pengisian borang pendaftaran ahli Baharu, bayaran yuran keahlian dan bayaran yuran bulanan sebanyak RM 2.00 bagi setiap kali program dijalankan. Pn. Norzurealyn turut memaklumkan bahawa PWPK Kg. Sri Lukut perlu mempunyai produk sendiri bagi menjana pendapatan.
Kelebihan Aktiviti :
• Merancang aktiviti berterusan bagi pengembangan ahli PWPK Kg. Sri Lukut.
• Mengisi masa terluang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berinformasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :