KELAS ICT: MENGISI BORANG DALAM TALIAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Aktiviti terkini | 29 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Sri Lukut

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ICT yang membantu wakil Koperasi Sri Lukut Kluang Berhad untuk mengisi borang-borang berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi secara dalam talian. Kelas ICT ini juga menerapkan pembelajaran berterusan terutamanya untuk golongan berusia 50 tahun ke atas yang merupakan Ahli Lembaga Koperasi.

Tujuan :
• Membantu wakil koperasi untuk mengisi borang secara dalam talian melalui sistem yang disediakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
• Meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan komputer dan internet.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta membuka laman web Sistem Online SKM.
• Setelah itu, peserta memasukkan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
• Seterusnya, peserta memilih menu E-Daftar sebelum memilih Borang Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan.
• Peserta memasukkan butiran-butiran dan dokumen diperlukan.
• Peserta kemudian membuat pengesahan sebelum menghantar borang tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah kemahiran dalam menggunakan sistem sedia ada bagi pengurusan koperasi.
• Melatih Ahli Lembaga Koperasi membiasakan diri dengan arus kemodenan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :