KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD (MEMBINA PROFIL PERNIAGAAN)

Aktiviti terkini | 3 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Sri Lukut

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ICT yang memfokuskan kepada Microsoft Office Word bagi menghasilkan profil perniagaan dengan segala maklumat seperti lokasi perniagaan, rancangan perniagaan dan tujuan perniagaan dijalankan. Kelas ini melatih peserta agar lebih mahir menghasilkan profil perniagaan yang lebih berstruktur yang mudah dibaca terutamanya bagi tujuan mengembangkan lagi perniagaan dengan memberi keyakinan kepada pembaca.

Tujuan :
• Mengenali lebih baik mengenai pelbagai fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word bagi memudahkan peserta untuk membina profil perniagaan seperti fungsi SmartArt yang boleh digunakan untuk membina carta organisasi.
• Menjadi platform bagi mewujudkan generasi celik IT.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta menaip pengenalan ringkas mengenai perniagaan seperti nama perniagaan, perkhidmatan yang ditawarkan, alamat perniagaan, dan tujuan utama perniagaan dijalankan.
• Setelah itu, peserta membuat rancangan pentadbiran perniagaan di mana terdapat carta organisasi bagi perniagaan tersebut.
• Peserta menggunakan fungsi Shapes dan SmartArt bagi membina carta organisasi tersebut yang melibatkan hierarki iaitu bermula dari pengurus besar, 3 orang di bahagian pengurusan dan 3 orang pekerja operasi.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Word dalam urusan harian seperti membuat laporan, surat dan sebagainya.
• Memanfaatkan pelbagai fungsi, templat dan sebagainya yang dapat memudahkan urusan penyimpanan data.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :