PROGRAM LIP LAP HARI RAYA JIWA KOMUNITI MADANI MUKIM KAHANG 2024

Aktiviti terkini | 10 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
NDewan Orang Ramai Kg Sri Lukut

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program ini adalah bersempena dengan sambutan Syawal 1445 yang merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Sri Lukut dan Kompleks Penghulu Mukim Kahang bagi merai, menghargai dan mengeratkan silaturahim sesama penduduk desa Kampung Sri Lukut. Pada majlis ini pemimpin dan anggota masyarakat akan berhimpun dan beraya bersama-sama. Majlis ini juga meraikan peserta dan penyampaian hadiah pertandingan Pelita Raya Malam Tujuh Likur 2024. Dalam masa yang sama, golongan kurang bernasib baik turut diraikan untuk bersama-sama berhari raya.

Tujuan :
• Merayakan Syawal dalam erti kata mengangkat syariat Islam melalui mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung dengan aktiviti yang membina ukhuwah, takwa dan tawaduk.
• Mewujudkan suasana harmoni, ceria dan damai hidup di kampung.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Para tetamu hadir dan membuat pendaftaran di meja urusetia.
• Menyambut Ketibaan tetamu kehormat.
• Tetamu menikmati juadah yang disediakan sebelum majlis dimulakan.
• Tetamu disajikan dengan Persembahan Montaj sempena Pertandingan Malam Tujuh Likur 2024.
• Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa yang dipimpin oleh Imam Supa’at bin Kasbi.
• Ucapan Perasmian oleh Penghulu Mukim Kahang, En. Mohd Ibnu Hazim bin Md. Ibnuhajar.
• Penyampaian Hadiah Pertandingan Pelita Raya Malam Tujuh Likur
• Berselawat dan Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Mengembalikan nostalgia dan melestarikan budaya Melayu yang mengamalkan hidup bermasyarakat.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Kampung Sri Lukut disamping dapat bermaaf-maafan sempena Bulan Syawal 1445H.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :