PROGRAM PERAYAAN ORANG ASLI DAN SUKAN RAKYAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 17 Ogos 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Sri Lukut

Nama VIP :
• YB Vidyananthan Ramanadhan, ADUN Kahang.
• Tuan Hj. Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang

Ringkasan Aktiviti :
• Program dimulakan dengan acara sukan rakyat daripada pelbagai kaum di Malaysia seperti Permainan Ting-ting, Permainan Yoyo dari kaum Cina dan pelbagai permainan tradisional lain sebelum ketibaan konvoi motosikal bagi memeriahkan lagi acara. Sementara menanti ketibaan Rombongan Konvoi yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kluang, pelbagai acara dijalankan melibatkan pelbagai kaum yang terdapat dalam mukim Kahang. Setibanya rombongan konvoi yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kluang, acara seperti Sumpit dan Baling Tin dengan Selipar. Majlis Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, ADUN Kahang.

Tujuan :
• Menyambut perayaan orang Asli sekaligus menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke – 67.
• Melibatkan pelbagai kaum yang terdapat di dalam Mukim Kahang dengan aktiviti seperti sukan rakyat bagi mengeratkan lagi kemuafakatan Komuniti Madani penduduk mukim Kahang.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program dijalankan di Padang Kampung Orang Asli Punjut dimulakan dengan acara sukan rakyat dari pelbagai kaum di Malaysia seperti permainan ting-ting dan terompah gergasi. Selain itu, pelbagai aktiviti seperti Kerusi Muzik, boling kelapa dan sebagainya turut dipertandingkan.
• Majlis dimeriahkan lagi dengan ketibaan Konvoi Bermotorsikal yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kluang, Tuan Hj. Mohd Rafi bin Abdullah sebelum beliau diiring untuk permainan baling tin dan Sumpit bersama YB Tuan Vidyanathan a/l Ramanadhan, ADUN Kahang dan Penghulu Mukim Kahang.
• Seterusnya, semua tetamu kehormat mengambil tempat untuk acara Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Bendera.
• Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Tuan Vidyanathan A/L Ramanadhan, ADUN Kahang.
• Seterusnya, majlis penyerahan bendera kepada Penghulu Mukim Kahang dan Batin semua Kampung Orang Asli dalam Mukim Kahang turut dijalankan sebelum acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
• Acara diakhiri dengan jamuan sebelum bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk mukim Kahang.
• Mengeratkan hubungan pelbagai kaum yang hidup bersama-sama dalam mukim Kahang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :