Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama asal Kampung Sri Lukut,Kahang,Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28.Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.
Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing.Jarak Kampung Sri Lukut dengan Bandar Kluang ialah 45KM atau 28 batu.
Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampong ini,nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangasa Cina iaitu Ah Hang.Ketika itu,beliau sering bertandang ke kawasan kampong untuk membeli rotan, dammar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampong,Akhirnya melalui masa,perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.
Versi kedua
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan lading lada hitam. Lada hitam dalam Bahasa banjar dipanggil Sahang. Ketika itu lada hitam, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan menyebabkan terjadinya pernerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru seperti orang Melayu, Banjar dan Jawa.
Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.
Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampong ini pada 1986/87. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kamoung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Perasmian PI1M Taman Ilham
Aktiviti Terkini | 4 November 2017Bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di PI1M... baca selanjutnya
Senam Cergas & Gegar 10,000 langkah @ Hari Sukan Negara
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif... baca selanjutnya
Program Moh Ngeteh Merdeka @ KKLW 2017
Aktiviti Terkini | 11 September 2017Tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai salah satu usaha berterusan Pihak KEJORA dalam memupuk rasa cinta dan sayang masyarakat terhadap Negara Malaysia... baca selanjutnya
Program Perlepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Bantuan “Touch Point” Kepada Nelayan Darat Daerah Kluang, Johor
Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2017Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai supaya menyintai dan menghargai sumber perikanan semulajadi supaya boleh dinikmati generasi sekarang dan generasi masa akan datang... baca selanjutnya
Majlis Perasmian PI1M Taman Sayong Pinang
Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017Majlis Perasmian dan Sambutan Hari Raya PI1M Taman Sayong Pinang. Sukaneka diadakan pada sebelah pagi, dan Majlis Perasmian serta Sambutan Hari Raya diadakan pada sebelah petang majlis... baca selanjutnya
Program Tayangan Wayang The Boss Baby
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang mereka pada hari tersebut dengan aktiviti berfaedah dan memberi ruang untuk mereka bersantai dan mengenal antara satu sama lain... baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak dan E-Waste
“Satu Kejiranan Erat Perpaduan”
Aktiviti Terkini | 8 April 2017
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan kepada ibu bapa dan orang awam tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan barang E-waste untuk pelupusan dengan cara yang betul... baca selanjutnya
Pertandingan mewarna menggunakan Paint
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2017Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama kanak-kanak dalam memperkenalkan penggunaan ICT... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Sri Lukut ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Sri Lukut seperti kelas komputer dan sebagainya.
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya