Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama asal Kampung Sri Lukut,Kahang,Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28.Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.

Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing.Jarak Kampung Sri Lukut dengan Bandar Kluang ialah 45KM atau 28 batu.

Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampong ini,nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangasa Cina iaitu Ah Hang.Ketika itu,beliau sering bertandang ke kawasan kampong untuk membeli rotan, dammar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampong,Akhirnya melalui masa,perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.

Versi kedua
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan lading lada hitam. Lada hitam dalam Bahasa banjar dipanggil Sahang. Ketika itu lada hitam, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan menyebabkan terjadinya pernerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru seperti orang Melayu, Banjar dan Jawa.

Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.

Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampong ini pada 1986/87. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kamoung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM SANTAI TAYANGAN WAYANG SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2019

Program ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang ahli Pusat Internet Kg Sri Lukut semasa cuti sekolah ini dengan aktiviti berfaedah dan memberikan ruang untuk mereka bersantai sebelum sekolah bermula....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SK DATO’ SYED ALSHAHAB, KLUANG

Aktiviti Terkini |3 November 2019

Pameran ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada masyarakat setempat tentang kewujudan dan kepentingan pusat internet dalam kawasan kluang...baca selanjutnya

PROGRAM WARNA-WARNI MUKIM KAHANG

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Program ini adalah proses menyatupadukan anggota masyarakat, melalui idealogi kerajaan membentuk satu identity dan nilai serta perasaan kebangsaan bersama...baca selanjutnya

PROGRAM KAWAL SELIA KENDIRI DAN KESELAMATAN INTERNET DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 18 September 2019

Mendedahkan peluang-peluang kemudahan yang dapat dimanfaatkan bersama. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara Ahli PI, pengunjung dengan Staff PI....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA SAYANGI MALAYSIAKU

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Program ini dijalankan di Pusat Internet Kg Sri Lukut bersama ahli Pusat internet (PI) berumur daripada 8 tahun sehingga 15 tahun. Seramai 37 ahli PI telah terlibat dalam program ini...baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN QUIZ DAN CELIK ICT

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Program ini dijalankan di Pusat Internet Kg Sri Lukut bersama ahli Pusat internet (PI) berumur daripada 8 tahun sehingga 15 tahun. Seramai 35 ahli PI telah terlibat dalam program ini. ...baca selanjutnya

PROGRAM INOVASI KITAR SEMULA E-WASTE

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2019

Sebanyak 6 buah sekolah telah menyertai Pertandingan Inovasi Kitar Semula (E-waste). Seramai 4 orang pelajar dan seorang guru pembimbing menyertai dari setiap sekolah. Program ini juga melibatkan berberapa Staff daripada Pusat Internet Malaysia antaranya Pusat Internet Taman Sayong Pinang, Pusat Internet Taman Iham, Pusat Internet Kg. Sri Lukut, Pusat Internet Felda Bukit Besar, Pusat Internet Gelang Patah dan Pusat Internet Paya Mengkuang....baca selanjutnya

PROGRAM PENYERAHAN SIJIL KURSUS ASAS ICT & AGIHAN KURMA SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN 2019

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pengurusan PI dan ahli PI Kg Sri Lukut.... baca selanjutnya

Pertandingan Video & KDB Smk Gelang Patah Untuk Pelajar Pra-U

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2019

Bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan Pusat Internet termasuk keahlian & tentang keselamatan internet serta memberi pengetahuan dan ilmu mengenai cara untuk membuat video dan menggalakkan pelajar untuk datang ke PI bagi kelas ICT... baca selanjutnya

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT & TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK 2019

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Program “Jom Membaca 10 Minit” ini dijalankan sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Program ini dijalankan serentak di seluruh Negara.... baca selanjutnya

Kursus E-Usahawan Pelatih Giatmara

Aktiviti Terkini | 12, 19 & 26 April 2019

Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan keusahawanan dan memberi tunjuk ajar kemahiran yang perlu ada di dalam keusahawanan... baca selanjutnya

Pendaftaran & Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Aktiviti Terkini | 3 Mac 2019

Pendaftaran & Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah berjaya dijalankan di Pusat Internet Kg Sri Lukut dengan kerjasama Majlis Pembandaran Kluang (MPK) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3 Mac 2019... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 13 & 27 Februari 2019

Tujuan Program KDB ini member pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pennguna internet bawah umur dan menggunakan internet secara positif dan berguna adalah salah satu langkah bijak dalam dunia cyber ini... baca selanjutnya

Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Kluster Kluang

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan dan menyampaikan kepada team Kluster Kluang modul Klik Dengan Bijak yang terkini. Modul ini telah dikemaskini oleh SKMM dengan isu semasa... baca selanjutnya