Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama asal Kampung Sri Lukut,Kahang,Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28.Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.

Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing.Jarak Kampung Sri Lukut dengan Bandar Kluang ialah 45KM atau 28 batu.

Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampong ini,nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangasa Cina iaitu Ah Hang.Ketika itu,beliau sering bertandang ke kawasan kampong untuk membeli rotan, dammar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampong,Akhirnya melalui masa,perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.

Versi kedua
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan lading lada hitam. Lada hitam dalam Bahasa banjar dipanggil Sahang. Ketika itu lada hitam, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan menyebabkan terjadinya pernerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru seperti orang Melayu, Banjar dan Jawa.

Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.

Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampong ini pada 1986/87. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kamoung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018

Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya

Hari Keusahawanan & Kokurikulum SK Pendas Laut

Aktiviti Terkini | 18 November 2018

Bertujuan untuk meningkatkan kerjasama komuniti setempat, mengeratkan hubungan sesama staf dan meningkatkan kemahiran pemasaran produk... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB), SMK Dato, Onn

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program KDB ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pengguna internet bawah umur dan penggunaan internet secara positif dan berguna salah satu langkah bijak dalam dunia cyber ini... baca selanjutnya

Mini Karnival Sayangi Malaysiaku

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya

Program Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2018

Kanak-kanak ahli Pusat Internet telah menyertai Program Cuti Sekolah. Di antara aktiviti yang diadakan termasuklah Perlawanan Badminton dan Permainan Rakyat seperti Congkak dan Batu Seremban... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Program Kepimpinan Khalifah Genius

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2018

Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Di samping itu para pelajar dapat meningkatkan keyakinan daripada diri mereka. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah disampaikan... baca selanjutnya

World #Quran Hour

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2018

Program tahunan World Quran Hour dan Malaysia Quran Hour bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran... baca selanjutnya

Program Asas Memanah 2018

Aktiviti Terkini | 10 Mei 2018

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Internet dengan penduduk kampung dan menggalakkan penglibatan badan kerajaan untuk membantu golongan belia-belia Kg Sri Lukut... baca selanjutnya

Program Gotong-Royong

Aktiviti Terkini | 12 April 2018

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim pengurusan PI1M bersama belia kampung... baca selanjutnya

Pertandingan mewarna menggunakan Paint

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2018

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama kanak-kanak dalam memperkenalkan penggunaan ICT... baca selanjutnya

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2018

Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan E-Waste
“Satu Kejiranan Erat Perpaduan”

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2018

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan kepada ibu bapa dan orang awam tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan barang E-waste untuk pelupusan dengan cara yang betul... baca selanjutnya