Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama asal Kampung Sri Lukut,Kahang,Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28.Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.

Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing.Jarak Kampung Sri Lukut dengan Bandar Kluang ialah 45KM atau 28 batu.

Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampong ini,nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangasa Cina iaitu Ah Hang.Ketika itu,beliau sering bertandang ke kawasan kampong untuk membeli rotan, dammar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampong,Akhirnya melalui masa,perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.

Versi kedua
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan lading lada hitam. Lada hitam dalam Bahasa banjar dipanggil Sahang. Ketika itu lada hitam, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan menyebabkan terjadinya pernerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru seperti orang Melayu, Banjar dan Jawa.

Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.

Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampong ini pada 1986/87. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kamoung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


VIDEO TUTORIAL MENGGUNAKAN PREZI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2020

Video tutorial menggunakan Prezi ini bertujuan untuk menjadikan perbentangan (Presentation) lebih menarik. Perbentangan lebih menarik dengan gerakan dan grafik yang lebih kreatif dan memudahkan pembentang untuk membentangkan slide mereka. Selain itu, link prezi juga boleh dikongsikan kepada sesiapa juga....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL MEMBUAT BROCHURE (RISALAH)

Aktiviti Terkini | 12 Disember 2020

Video tutorial membuat brochure menggunakan Microsoft Publisher adalah bertujuan untuk mengajar cara-cara membuat brochure (Risalah). Ilmu ini sangat berguna untuk peniaga/ usahwan yang ingin membuat risalah untuk diagihkan kepada pelanggan mereka....baca selanjutnya

PROGRAM MARI MENGENAL KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 27 NOVEMBER 2020

Program ini bertujuan memberi pengenalan kepada peserta yang kurang mahir untuk mengenal asas komputer....baca selanjutnya

PROGRAM JOM BERMICROBIT

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2020

Program ini dapat mengasah bakat dalam mencipta robotik dan memberi pendedahan asas robotik. ...baca selanjutnya

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR

Aktiviti Terkini | 23 September 2020

Program ini dijalankan di sekolah adalah untuk memberi penekanan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai keselamatan internet. ...baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN BIJAK KOMUNITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 6 September 2020

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahaya dadah bagi mencegah masyarakat terlibat dengan gejala dadah....baca selanjutnya

BENGKEL SISTEM KEWANGAN

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2020

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara-cara dalam pengurusan kewangan di dalam sesuatu organisasi. ...baca selanjutnya

MEREKACIPTA POSTER COVID-19

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2020

Program ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada peserta untuk merekacipta design poster dengan menggunakan aplikasi Canva. ...baca selanjutnya

ONLINE QUIZ DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2020

Program ini diadakan adalah untuk memberi penekanan kepada masyarakat bahawa kemahiran ict amat penting kepada generasi zaman sekarang.....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini |1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK SERI SEDOHOK, KLUANG, JOHOR

Aktiviti Terkini |5 Mac 2020

Program Klik Dengan Bijak ini dijalankan di sekolah yang melibatkan pelajar orang asli adalah untuk memberi penekanan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai keselamatan internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK KAHANG, KLUANG, JOHOR

Aktiviti Terkini |4 Mac 2020

Program Klik Dengan Bijak ini dijalankan di sekolah adalah untuk memberi penekanan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai keselamatan internet....baca selanjutnya

PROGRAM CELIK IT DAN PENYERAHAN KURSUS ASAS ICT

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2020

Program ini diadakan adalah untuk memberi penekanan kepada masyarakat bahawa kemahiran ict amat penting kepada generasi zaman sekarang....baca selanjutnya

KURSUS ASAS ICT & MEMBUAT RESUME BAGI PELAJAR LEPASAN SPM/ STPM

Aktiviti Terkini |19 Januari 2020

Program ini diadakan adalah untuk memberikan penyediaan kepada pelajar lepasan SPM mengenai ICT/ Microsoft Office sebelum memasuki alam pekerjaan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti