Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PIK yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PIK, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Nama asal Kampung Sri Lukut,Kahang,Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28.Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.

Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing.Jarak Kampung Sri Lukut dengan Bandar Kluang ialah 45KM atau 28 batu.

Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampong ini,nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangasa Cina iaitu Ah Hang.Ketika itu,beliau sering bertandang ke kawasan kampong untuk membeli rotan, dammar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampong,Akhirnya melalui masa,perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.

Versi kedua
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan lading lada hitam. Lada hitam dalam Bahasa banjar dipanggil Sahang. Ketika itu lada hitam, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan menyebabkan terjadinya pernerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru seperti orang Melayu, Banjar dan Jawa.

Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.

Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampong ini pada 1986/87. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kamoung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


LEBIH BAIK CEGAH BERSAMA AADK DAERAH JOHOR BAHRU

Aktiviti Terkini |18 Disember 2021 2021

Memberi pencegahan awal kepada masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah...........baca selanjutnya

KURSUS KOMPUTER BERSAMA PETUGAS PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK)

Aktiviti Terkini | 7, 11, 25 & 28 November 2021 2021

Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer untuk petugas-petugas PPDK............baca selanjutnya

KELUARGA BAHAGIA KOMUNITI BEBAS DADAH

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2021

Menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah masyarakat terlibat dengan gejala dadah...........baca selanjutnya

KESIHATAN MENTAL: BERSAMA CEGAH KES BUNUH DIRI

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan mental yang membawa kepada pelbagai kesan negatif sehingga boleh membawa kepada kejadian seperti bunuh diri..........baca selanjutnya

BACAAN YASSIN & BACAAN DOA MELAWAN WABAK COVID-19

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021

Mengimarahkan hari Jumaat dengan bacaan Yassin walaupun secara dalam talian bersama ahli-ahli Pusat Internet dan warga setempat.. .......baca selanjutnya

PROGRAM SUMBANGAN PRIHATIN 2.0

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2021

Program ini bertujuan untuk untuk membantu penduduk Kampung Sri Lukut yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1. Sebanyak 270 ayam segar dan 270 papan telur telah diedarkan kepada seluruh rumah di Kampung Sri Lukut dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. . .......baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN INTERAKTIF PIK KG SRI LUKUT (PICSART)

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2021

Video tutorial cara untuk mengedit gambar menggunakan Aplikasi PicsArt. .......baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR LAMBUK RAMADAN

Aktiviti Terkini | 1 Mei 2021

Menggunakan sumbangan daripada penduduk kampung bagi tujuan membuat bubur lambuk bagi mengimarahkan surau sempena bulan Ramadan.......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL TEXT IMAGE ANIMATION

Aktiviti Terkini | 25 April 2021

Video tutorial membuat text image animation menggunakan Microsoft Power point adalah bertujuan untuk mengajar cara-cara membuat video animasi. ......baca selanjutnya

LAWATAN KERJA YBHG TUAN PEGAWAI DAERAH KLUANG KE MUKIM-MUKIM BAGI PROMOSI VAKSIN COVID-19 FASA 2 & FASA 3 DAERAH KLUANG

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2021

Program pada hari ini juga merupakan kesinambungan bagi Program Pemerkasaan Komuniti Sebagai Agen Basmi Covid-19 (ABC 19) Daerah Kluang dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Kluang melalui pengisian taklimat yang telah disampaikan oleh Dr. Linayanti binti Rosli, Pegawai Kesihatan Daerah Kluang bagi meningkatkan tahap kesedaran dan keyakinan kepada komuniti setempat berkenaan kebaikan vaksin Covid-19......baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL MEMBUAT WORD ART SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2021

Video tutorial membuat word art secara atas talian menggunakan laman web www.wordart.com bagi menghasilkan pelbagai bentuk Word Art .....baca selanjutnya

VIDEO TUTORIAL EDUCATION GAME: SKRIBBL.IO

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2021

Video tutorial education game: Skribbl.io. Skribbl.io adalah laman web yang membolehkan pemain meneka perkataan berdasarkan lukisan daripada pihak lawan. ....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti