Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Nama asal Kampung Sri Lukut,Kahang,Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28.Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.

Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing.Jarak Kampung Sri Lukut dengan Bandar Kluang ialah 45KM atau 28 batu.

Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampong ini,nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangasa Cina iaitu Ah Hang.Ketika itu,beliau sering bertandang ke kawasan kampong untuk membeli rotan, dammar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampong,Akhirnya melalui masa,perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.

Versi kedua
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan lading lada hitam. Lada hitam dalam Bahasa banjar dipanggil Sahang. Ketika itu lada hitam, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan menyebabkan terjadinya pernerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru seperti orang Melayu, Banjar dan Jawa.

Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.

Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampong ini pada 1986/87. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kamoung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM MOTIVASI: CINTA, KASIH SAYANG & NILAI KEKELUARGAAN BERSAMA USTAZ SYAMSUL DEBAT

Aktiviti Terkini | 8 Disember 2022

Mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan di kalangan komuniti setempat ..........baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MUKIM KAHANG 1444H & MAJLIS PELANCARAN BACAAN MAULID

Aktiviti Terkini | 3 November 2022

Memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1444H..........baca selanjutnya

KURSUS EDIT VIDEO DAN STIKER & ASAS PERAKAUNAN (SIMPAN KIRA & ANALISA)

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2022

Membantu para usahawan mengenai kaedah menghasilkan bahan promosi yang mampu menarik pelanggan.........baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMANCING KARNIVAL MERDEKA @ PARLIMEN SEMBRONG

Aktiviti Terkini | 10 September 2022

Mengeratkan hubungan silaturahim dengan semua ahli komuniti dan menanamkan semangat Cinta Akan Negara........baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA: CERIA BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Memupuk semangat patriotisme kemerdekaan dalam kalangan masyarakat Kampung Sri Lukut khususnya.........baca selanjutnya

GOTONG ROYONG TAMAN REKREASI SG. TEMIGGOL

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2022

Memulihara dan melestarikan keindahan alam sekitar Taman Rekreasi Sg. Temiggol..........baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2022

Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).........baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK : REPUTASI DIGITAL

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2022

Memberi pendedahan kepada komuniti kepentingan reputasi digital. ........baca selanjutnya

KENAPA JALUR LEBAR PENTING?

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022

Memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan jalur lebar. ........baca selanjutnya

PROGRAM SOLAT TERAWIH BERSAMA PEGAWAI DAERAH KLUANG BAGI TAHUN 1443H/2022M

Aktiviti Terkini | 21 April 2022

Mengimarahkan Masjid Ar-Rahman, Kg Sri Lukut dengan aktiviti keagamaan pada bulan ramadhan.........baca selanjutnya

PHOTO EDITING : GLITCH EFFECT (PIXLR E)

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Memberi pengetahuan mengenai cara menyunting gambar dan teks dengan mudah dengan menggunakan fungsi Filter di dalam laman sesawang Pixlr E.........baca selanjutnya

CHILLAX TALK @ TENGGARA

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Dapat meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam teknik suntingan pantas poster dan video menggunakan telefon pintar.........baca selanjutnya

TEMUDUGA LESEN PERIKANAN NELAYAN DARAT

Aktiviti Terkini |24 Januari 2022

Memberi nelayan darat peluang perniagaan dengan pemberian lesen perikanan............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti