Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama asal Kampung Sri Lukut,Kahang,Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28.Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi.Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan dalam hutan Endau Rompin.
Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing.Jarak Kampung Sri Lukut dengan Bandar Kluang ialah 45KM atau 28 batu.
Versi pertama
Menurut cerita orang-orang tua di kampong ini,nama “Kahang” diambil sempena nama seorang peniaga berbangasa Cina iaitu Ah Hang.Ketika itu,beliau sering bertandang ke kawasan kampong untuk membeli rotan, dammar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampong,Akhirnya melalui masa,perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.
Versi kedua
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan lading lada hitam. Lada hitam dalam Bahasa banjar dipanggil Sahang. Ketika itu lada hitam, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan menyebabkan terjadinya pernerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru seperti orang Melayu, Banjar dan Jawa.
Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.
Pertukaran Nama
Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampong ini pada 1986/87. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kamoung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024SUKAN ORANG KURANG UPAYA DUN KAHANG 2023
Aktiviti Terkini | 14 Disember 2023Memberi kesedaran pentingnya sukan dalam kalangan orang kurang upaya. ...................baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN S.A.F.E INTERNET SK KAHANG, KLUANG, JOHOR
Aktiviti Terkini | 15 November 2023Memberi kesedaran akan bahaya yang terdapat di dalam internet kepada pelajar...................baca selanjutnya
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KEMERDEKAAN 2023
Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2023Mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan video kreatif...................baca selanjutnya
MAJLIS PERUJIAN MEMBACA BERZANJI PERINGKAT MUKIM DAERAH KLUANG
Aktiviti Terkini | 23 September 2023Mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan..................baca selanjutnya
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 @ TAMAN REKREASI SG. TEMIGGOL
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2023Memperkenalkan keindahan semulajadi yang terdapat di Kg. Sri Lukut.................baca selanjutnya
KURSUS KEUSAHAWANAN RISDA: ASAS JAHITAN (SOFT TOY)
Aktiviti Terkini | 26 Julai 2023Meningkatkan kemahiran jahitan dalam kalangan peserta................baca selanjutnya
KELAS ICT STEM: PENGATURCARAAN MICROBIT PENGAJARAN 1-3
Aktiviti Terkini | 23 & 24 Jun 2023Memperkenalkan asas pengaturcaraan bagi membuka minda peserta...............baca selanjutnya
PROGRAM KAMPUNG SRI LUKUT BERHARI RAYA 2023
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2023Mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung..............baca selanjutnya
PROGRAM BUBUR LAMBUK SEKAMPUNG
Aktiviti Terkini | 8 April 2023Mengimarahkan masjid sempena bulan ramadan.............baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK! DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM BANDAR TENGGARA (PEYARA)
Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)............baca selanjutnya
MAJESTIC JOHOR CLEAN 2023 DI TAMAN REKREASI SG. TEMIGGOL
Aktiviti Terkini | 13 Februari 2023Memastikan negeri Johor berada dalam keadaan selamat dan bersih. ............baca selanjutnya
KELAS ICT: MENGHASILKAN POSTER BERTEMAKAN KLIK DENGAN BIJAK! MENGGUNAKAN CANVA
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2023Memberikan pendedahan awal mengenai teknologi komputer............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya